Gillian Chang
  • LAMAN UTAMA
  • SUKARELAWAN
  • TENTANG SAYA
  • DOKUMEN BOLEH DIMUAT TURUN
  • AKTIVITI-AKTIVITI SK MUTON
  • MATEMATIK
  • PENDIDIKAN JASMANI
  • [HIS]tory of my life
  • LINK SELANJUTNYA (CONTACT US)
  • Members UKM Eksekutif Sarawak Teknologi Maklumat
  • Kamu-kamu yang kukenali

Pure mathematics is, in its way, the poetry of logical ideas.
- Albert Einstein -

Jenis-Jenis Penilaian Yang Boleh Digunakan Untuk Subjek Matematik

6/9/2017

0 Comments

 
Penilaian merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam suatu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Penilaian akan membantu seseorang guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap murid yang diajar dalam bilik darjah. Oleh itu, saya ingin berkongsi beberapa jenis penilaian yang pada pendapat saya, dapat membantu warga guru Matematik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan para murid. 
Picture
1. Ujian Diagnostik (untuk membantu murid yang lemah)
Ujian diagnostik membantu guru dalam mengenal pasti kelemahan murid dan juga setakat mana yang mereka faham tentang topik yang telah diajar. Sering kali, kita menghadapi murid yang menghadapi masalah memahami topik yang baru. Kebiasaannya, ini adalah kerana mereka tidak dapat menguasai topik yang telah diajar sebelumnya, ataupun beberapa topik sebelum topik yang diajar tersebut. Ujian diagnostik akan membantu guru untuk mengesan sejauh manakah murid tersebut memahami tentang kesemua topik yang telah diajar. Ujian diagnostik akan membantu guru untuk mereka pembelajaran yang seterusnya untuk membantu murid-murid yang lebih lemah.

2. Ujian Formatif (Penilaian dari masa ke masa)
Ujian Formatif merupakan penilian yang berlaku pada masa ke masa. Ujian formatif boleh dijalankan tanpa pengetahuan murid. Contohnya, setelah mengajar suatu sesi PdP, guru menujukan soalan kepada para murid untuk menguji sama ada murid-murid faham dengan apa yang dipelajari ataupun tidak. Latihan yang diberikan oleh guru kepada para murid semasa proses PdP dijalankan juga merupakan salah satu ujian formatif yang berguna, terutamanya untuk subjek Matematik. Hal ini kerana kita dapat melihat hasil kerja murid dengan teliti. Contohnya, bentuk lazim yang dibuat oleh murid. Jika nombor 'sa' tidak ditulis di tempat 'sa', ini bermaksud murid belum mahir dengan membuat bentuk lazim lagi.

3. Ujian Sumatif (Penilaian yang formal)
Ujian sumatif merupakan penilaian yang lebih formal dan digunakan untuk mengenal pasti tahap pencapaian para murid, berdasarkah piawai yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Ujian sumatif dapat membantu guru menguji murid-murid dengan beberapa topik dalam masa yang sama untuk mengenal pasti sama ada para murid memahami segala topik yang diajar ataupun tidak.

4. Ujian Rujukan Norma 
Ujian rujukan norma merupakan ujian yang menguji murid berdasarkan kebolehan masing-masing. Ujian ini akan membantu guru untuk memotivasikan murid untuk memajukan diri. Ujian ini merupakan penilaian yang amat berguna untuk guru kerana ia akan membantu guru untuk mengetahui pencapaian setiap murid secara individu. Namun begitu, untuk melihat pencapaian murid, guru akan dikehendaki untuk membuat catatan yang berbeza untuk setiap murid.
0 Comments



Leave a Reply.

    Penulis

    Jantina : Perempuan
    Bidang: Pendidikan
    Pekerjaan: Guru
    Asal: Kuching, Sarawak

    Archives

    June 2017
    May 2017

    Categories

    All
    Prasekolah

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • LAMAN UTAMA
  • SUKARELAWAN
  • TENTANG SAYA
  • DOKUMEN BOLEH DIMUAT TURUN
  • AKTIVITI-AKTIVITI SK MUTON
  • MATEMATIK
  • PENDIDIKAN JASMANI
  • [HIS]tory of my life
  • LINK SELANJUTNYA (CONTACT US)
  • Members UKM Eksekutif Sarawak Teknologi Maklumat
  • Kamu-kamu yang kukenali