Setiap hari, guru akan menghadapi satu masalah yang sama iaitu murid-murid tidak memberi perhatian dalam bilik darjah kerana mereka asyik bermain. Menurut kepada Ginsburg (2007), bermain adalah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan kritikal untuk seseorang kanak-kanak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya. Sekiranya bermain adalah penting untuk seseorang kanak-kanak, kita sebagai guru harus sentiasa menyelitkan unsur bermain dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Kita boleh mempergunakan lagu yang sering dinyanyi oleh kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak belajar sambil bermain. Contohnya, lagu London Bridge yang begitu terkenal di kalangan kanak-kanak boleh diubah liriknya untuk mengajar topik Nombor Bulat. Guru bolehlah menggunakan lagu ini untuk menjalankan permainan "Musical Chair" dalam bilik darjah. Murid-murid akan dapat bermain sambil belajar dan proses bermain ini akan membantu murid-murid untuk mengingati apa yang dipelajari semasa ses PdP tersebut. CONTOH LAGU MATEMATIK UNTUK PRASEKOLAH Lirik lagu Ra-Pu-Sa Ratus puluh dan satu, Ra-Pu-Sa, Ra-Pu-Sa. Mari kita belajar nilai tempat. Sepuluh satu ialah sepuluh, sepuluh, Kumpul semua semula nilai puluh. Sepuluh puluh ialah seratus, seratus, Kumpul semua semula nilai ratus. Bila menulis nombor ingatkan, ingatkan, Ratus, puluh dan satu nilai tempat. Lirik Lagu Susun Nombor Kawan-kawan ku Susun nombor mesti ikut arahan Satu, dua, tiga, tertib menaik Kalau diterbalikkan Tiga, dua, satu, tertib menurun Kawan-kawan ku Susun nombor mesti tepat tertibnya.
0 Comments
|
PenulisJantina : Perempuan ArchivesCategories |