Gillian Chang
  • LAMAN UTAMA
  • SUKARELAWAN
  • TENTANG SAYA
  • DOKUMEN BOLEH DIMUAT TURUN
  • AKTIVITI-AKTIVITI SK MUTON
  • MATEMATIK
  • PENDIDIKAN JASMANI
  • [HIS]tory of my life
  • LINK SELANJUTNYA (CONTACT US)
  • Members UKM Eksekutif Sarawak Teknologi Maklumat
  • Kamu-kamu yang kukenali

Pure mathematics is, in its way, the poetry of logical ideas.
- Albert Einstein -

Lagu Matematik

5/26/2017

0 Comments

 
 Setiap hari, guru akan menghadapi satu masalah yang sama iaitu murid-murid tidak memberi perhatian dalam bilik darjah kerana mereka asyik bermain. Menurut kepada Ginsburg (2007), bermain adalah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan kritikal untuk seseorang kanak-kanak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya. Sekiranya bermain adalah penting untuk seseorang kanak-kanak, kita sebagai guru harus sentiasa menyelitkan unsur bermain dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Kita boleh mempergunakan lagu yang sering dinyanyi oleh kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak belajar sambil bermain. Contohnya, lagu London Bridge yang begitu terkenal di kalangan kanak-kanak boleh diubah liriknya untuk mengajar topik Nombor Bulat. Guru bolehlah menggunakan lagu ini untuk menjalankan permainan "Musical Chair" dalam bilik darjah. Murid-murid akan dapat bermain sambil belajar dan proses bermain ini akan membantu murid-murid untuk mengingati apa yang dipelajari semasa ses PdP tersebut.
CONTOH LAGU MATEMATIK UNTUK PRASEKOLAH
Picture
Lirik lagu Ra-Pu-Sa

Ratus puluh dan satu, Ra-Pu-Sa, Ra-Pu-Sa.
Mari kita belajar nilai tempat.

Sepuluh satu ialah sepuluh, sepuluh,
Kumpul semua semula nilai puluh.

Sepuluh puluh ialah seratus, seratus,
Kumpul semua semula nilai ratus.

Bila menulis nombor ingatkan, ingatkan,
Ratus, puluh dan satu nilai tempat.
Picture
Lirik Lagu Susun Nombor
Kawan-kawan ku
Susun nombor mesti ikut arahan
Satu, dua, tiga, tertib menaik
Kalau diterbalikkan
Tiga, dua, satu, tertib menurun
Kawan-kawan ku
​Susun nombor mesti tepat tertibnya.
0 Comments

    Penulis

    Jantina : Perempuan
    Bidang: Pendidikan
    Pekerjaan: Guru
    Asal: Kuching, Sarawak

    Archives

    June 2017
    May 2017

    Categories

    All
    Prasekolah

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • LAMAN UTAMA
  • SUKARELAWAN
  • TENTANG SAYA
  • DOKUMEN BOLEH DIMUAT TURUN
  • AKTIVITI-AKTIVITI SK MUTON
  • MATEMATIK
  • PENDIDIKAN JASMANI
  • [HIS]tory of my life
  • LINK SELANJUTNYA (CONTACT US)
  • Members UKM Eksekutif Sarawak Teknologi Maklumat
  • Kamu-kamu yang kukenali